Friday, 14 August 2015

RTC Johor bantu belia Kota Tinggi jana ekonomi.

Friday, 14 August 2015|10:57

Kota Tinggi - Seramai 25 orang belia dari sekitar daerah Kota Tinggi telah diberi peluang mengikuti Program Pemasangan dan Servis Penghawa Dingin Domestik oleh RTC Johor dan MIC Kota Tinggi.

Kursus yang dibuat di Pusat Latihan Putra Kota Tinggi selama tujuh hari bertujuan untuk membantu para peserta menjana pendapatan tambahan.

"Program ini sangat baik. Saya berharap para peserta jangan menoleh kebelakangan dan terus bergerak kehadapan untuk sama - sama bersaing dalam dunia yang serba pantas. Untuk maju dan berjaya ianya datang dari kemahuan sendiri. Dengan kemahiran yang anda perolehi ini saya berharap para peserta hendaklah bersungguh sungguh memperbaiki diri menambah ilmu dalam masa yang sama menjana pendapatan. Tahniah pada pihak penganjur dan syabas para peserta." Haji Mesran Bin Tugiman wakil rasmi Ahli Parlimen Kota Tinggi.

"Program RTC ini,  kursus yang berasaskan industri yang julung-julung kalinya diadakan  di Johor dan juga Malaysia. Tahniah atas inisiatif ini dan saya yakin ianya mampu membantu para peserta menjana ekonomi dan berdaya saing juga merebut peluang yang sedia ada contohnya Rapid Pengerang. RTC juga akan cuba membantu para peserta untuk dapatkan peluang pekerjaan atau perniagaan yang berkaitan." - Dr Azlan Hj Abd Jalil, Pengurus RTC Johor

Saya berharap dengan adanya kursus sebegini dapat membantu belia belia kita menjana ekonomi dan dapat mengurangkan gejala sosial. Program sebegini juga dapat membantu belia-belia yang kurang cemerlang dalam bidang akademik berdaya saing dalam dunia yang serba maju ini." Encik Subramaniam ; Ketua Pemuda MIC.

Menurut Huzaifah Bin Hj Miskan dari Felda Lok Heng salah seorang peserta , "Saya mengucapkan ribuan terimakasih pada pihak penganjur kerana memberi peluang pada kami menimba ilmu dan sekaligus menjana pendapatan kami. Saya bercadang untuk membuka perniagaan sendiri dengan ilmu yang ada. Saya juga berharap diperbanyakkan kursus-kursus sebegini untuk membantu kami para belia." 






Monday, 6 July 2015

3 kali leher ditebuk walau beru berusia 4 tahun

Monday, 6 July 2015|13:53


KOTA TINGGI - Usianya baharu masuk empat tahun, namun sudah tiga kali lehernya ditebuk ekoran masalah saluran pernafasan sempit yang dialami selain sakit paru-paru kronik yang dihidapi sejak lahir.
 
Muhammad Aqiel Asyraaf, 4, juga tidak sebebas kanak-kanak lain yang boleh bermain di luar rumah, sebaliknya terpaksa berkurung kerana keadaan kesihatannya yang sangat sensitif terutama dengan habuk selain tidak boleh hidu asap.

Ibunya, Pertiwi Masiran, 42, berkata, anak bongsunya itu bernasib baik kerana penyakit yang dialami disedari awal ketika dia dilahirkan seterusnya dapat dirawat.
 
“Anak ketiga saya juga mengalami masalah kesihatan iaitu sakit jantung, tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia ketika usianya enam bulan kerana tidak sempat dirawat di hospital.

“Asyraaf sendiri terpaksa duduk di unit rawatan kecemasan selama setahun ekoran masalah jantung berlubang yang dialami selepas dilahirkan,” katanya.

Menurutnya, kini Asyraaf juga terpaksa bergantung hidup dengan bekalan oksigen daripada tangki khas yang perlu dibawa setiap kali berjalan ke luar rumah. 

Pertiwi berkata, dia tidak berani membawa anaknya berjalan di luar kerana bimbang kesihatannya.

“Dia mudah demam dan pernah juga mulutnya tiba-tiba biru gara-gara kesihatannya merosot,” katanya ketika menerima lawatan daripada wakil Kasut You sempena program U Care di kediamannya dekat Taman Sri Saujana, baru-baru ini.

Pertiwi menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM500 yang disampaikan Pengurus Kasut You cawangan Kota Tinggi, Tai Bee Chu. 

Hadir sama, Pengurus Pemasaran Kasut You Sdn Bhd, Nicky Mak.

Menurut ibu empat anak itu, dia bersyukur kerana terpilih menerima bantuan itu dan berterima kasih kepada Kasut You kerana memberikan sumbangan tersebut.

“Alhamdulillah, melalui sumbangan ini dapat meringankan beban kami untuk digunakan bagi membuat persiapan membeli barangan untuk menyambut Aidilfitri nanti,” katanya.

Berita dan Gambar dari SInar Harian

"Malang Tak Berbau"

|13:48


KOTA TINGGI - Seorang penunggang motosikal maut selepas terkena kayu palang bumbung lori yang terjatuh secara tiba-tiba dalam kejadian di Kilometer 4.8 Jalan Teluk Ramunia-Tanjung Pengelih, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan maut itu berlaku kira-kira jam 10 pagi melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha dengan sebuah lori Treller jenis Hino.

Menurutnya, mangsa penunggang motosikal, Koo Ah Cheng, 62, beralamat di Nombor 3 Jalan Pantai, Sungai Rengit, maut di tempat kejadian kerana cedera di kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dalam perjalanan dari arah Tanjung Pengelih menghala ke Sungai Rengit terkena kayu palang bumbung lori yang jatuh tiba-tiba semasa lori itu dalam perjalanan ke arah Tanjung Pengelih.

“Siasatan awal mendapati kayu tersebut terkena kepala penunggang motosikal menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan dua hala dan semasa kejadian keadaan cuaca baik dan terang,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa di bawah ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita dan gambar dari Sinar Harian

Tuesday, 30 June 2015

Batu geliga punyai sakti mampu keluarkan cahaya.?

Tuesday, 30 June 2015|10:00
Orang ramai khususnya warga emas di Johor  dinasihati agar tidak terpedaya dengan taktik pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan melalui aktiviti menjual batu geliga yang didakwa 'sakti' dan bernilai tinggi.
 
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, batu geliga yang didakwa mengeluarkan cahaya berkenaan hanyalah batu geliga palsu yang direka supaya dapat mengeluarkan cahaya apabila bertindak balas kepada air bagi membolehkan mangsa  yakin terhadap 'kuasa' batu berkenaan.
 
"Taktik yang digunakan kumpulan ini memang licik apabila batu itu juga diletakkan di dalam sejenis bekas antik yang menjadikan ia seolah-olah berharga," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Rahmat berkata, modus operandi kumpulan ini ialah mangsa akan diyakinkan suspek pertama sebelum menghubungi rakannya yang dikatakan pakar dalam hal tersebut dan menawarkan harga yang tinggi.
 
"Namun suspek pertama hanya mahu menyerahkan batu geliga itu kapada mangsa sahaja dengan hanya perlu membayar seberapa banyak wang yang ada dalam akaun Tabung Haji selain wang yang ada pada mangsa.
 
"Setelah menyerahkan kesemua wang, mangsa akan didatangi seorang lelaki lain (suspek) yang ingin menawarkan harga yang lebih tinggi dan akan berjumpa selepas Zohor di tempat yang sama tetapi setelah menunggu suspek ketiga ini tidak muncul, baru mangsa sedar dia telah ditipu," kata beliau.
 
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
 
Khamis lalu, seorang warga emas berusia 69 tahun dari Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, kerugian kira-kira RM11,600 apabila terpedaya oleh kumpulan yang didalangi tiga suspek yang mendakwa mereka mempunyai batu geliga 'sakti'. - Bernama

Mesra Ramadhan, Memakmurkan Masjid

|06:30
Sejumlah RM26,000 nilai bantuan diagihkan kepada 130 ketua keluarga fakir miskin sekitar Kampung Mawai dekat sini sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Pengerusi Yayasan Mesra yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban golongan berkenaan.

Beliau berkata, program tahunan itu bertujuan menyampaikan barangan keperluan seperti beras, minyak masak dan keperluan dapur bernilai kira-kira RM50 serta wang tunai RM150.

“Meskipun nilainya tidak seberapa tetapi ia cukup memberi kegembiraan kepada mereka yang menganggap sebagai ‘rezeki Ramadan’,” katanya kepada pembe­rita selepas merasmikan program Mesra Ramadan, Memakmurkan Masjid anjuran Yayasan Mesra Parlimen Kota Tinggi di Masjid Jamek Al-Raudah, Kampung Mawai, de­kat sini malam tadi.

Pada majlis berkenaan zakat perniagaan Koperasi Pembangunan Kampung Tersusun Kampung Mawai Baru Berhad berjumlah RM8,600 turut diagihkan kepada 70 penerima terdiri daripada kalangan ibu tunggal dan golongan miskin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Mawai Baru merangkap Pengerusi Koperasi Pembangunan Kampung Tersusun Kampung Mawai Baru Bhd., Abdul Hamid Ibrahim; Penghulu Mukim Mawai Baru, Muhamad Zaini Musa; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra, Fazli Buyung dan Naib Ke­tua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muszaidee Makmor. – BERNAMA

Saturday, 27 June 2015

Karnival Pelancongan Desa Meriah

Saturday, 27 June 2015|13:30


KOTA TINGGI 18 Jun – Suasana di Legaran Tanah Putih, Tanjung Sedili, dekat sini meriah apabila dibanjiri lebih 3,000 orang yang mengunjungi Karnival Pelancongan Desa baru-baru ini.

Pengerusi program, Mohd. Fai­zam Mohd. Sebalas berkata, selain kehadiran komuniti setempat, program itu turut menyediakan pelbagai gerai pameran oleh agensi kerajaan dan swasta serta jualan makanan dan minuman termasuk pertandingan memancing, futsal, mewarna, sukaneka dan senaman zumba.

“Berbanding tahun sebelumnya, buat pertama kali diadakan permainan Street Shuttle ciptaan anak tempatan yang dipertandingkan dan pada masa ini menjadi kegilaan golongan remaja di sini.

“Lebih menarik karnival ini bukan sahaja dikunjungi orang ramai, malah diserikan dengan penampilan istimewa dua artis terkenal ta­nah air, iaitu Ani Mayuni dan Erry Putera yang membuat persembahan pada malam kemuncak karnival tersebut,” katanya.

Mohd. Faizam memberitahu, karnival itu dianjurkan bertujuan merapatkan hubungan, seterusnya memberi pelbagai maklumat tentang aktiviti perniagaan, perkhidmatan dan pelancongan di kawasan setempat.

“Pengunjung bukan sahaja berpeluang menyertai pelbagai acara yang disediakan, malah yang paling utama membuka peluang dan ruang kepada masyarakat khususnya pengunjung mengenali Legaran Tanah Putih sebagai lokasi aktiviti pelancongan yang ada di sini de­ngan lebih dekat.

“Selain mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Bahagian Pelancongan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), penganjuran kanival ini dibantu jawatankuasa Gerakan Desa Wawasan (GDW) Kampung Sentosa, Mini RTC Tanjung Sedili, GiatMara Tanjung Sedili, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi serta masyarakat,” katanya.
Karnival dua hari itu dirasmikan oleh Ahli Prlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid.

Yang turut hadir, Pengurus Bahagian Pelancongan Kejora, Rosli Salim; Penghulu Mukim Sedili Besar, Mohd. Aidil Masek dan Pengerusi GDW Kampung Sentosa, Mohd. Sebalas Mohamad. – Utusan

Jangan Jadi Penyebar Maklumat Salah

|10:00


KOTA TINGGI 17 Jun – Masyarakat diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan ancaman besar menerusi maklumat yang mudah diperoleh melalui teknologi canggih pada masa ini.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Haron Narrashid berkata, maklumat tersebar dengan pantas malah ada antaranya susah untuk ditapis sehingga masyarakat tidak tahu yang mana betul atau tidak.

Menurutnya, maklumat yang diterima boleh jadi maklumat yang betul dan dalam masa sama juga boleh jadi fitnah.

“Inilah yang kita khuatirkan, anak-anak kita mungkin cerdik tetapi kita bimbang mereka menerima maklumat yang tidak betul.

“Malah kita sendiri tidak tahu apa maklumat yang diterima anak-anak kita. Oleh itu, janganlah kita jadi penyebar sesuatu maklumat yang tidak sahih,” katanya semasa merasmikan Program Kelas Tahsin dan Bimbingan Imam-Imam di Masjid Felda Simpang Waha, dekat sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM64,000 kepada 28 masjid dan 36 surau yang terdapat dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi bagi menjalankan aktiviti sepanjang Ramadan ini.

Yang turut hadir Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid dan Surau Daerah Kota Tinggi, Ahmad Sudar; Ketua Kampung Felda Simpang Waha, Ab. Rahim Tasrip dan Ketua UMNO cawangan Felda Simpang Waha, Paimin Juraimi. – Utusan

Friday, 26 June 2015

Warga Kota Tinggi Jangan Tercicir Rebut Peluang Pembangunan Di Pengerang

Friday, 26 June 2015|08:00

KOTA TINGGI, 6 Jun- Penduduk Kota Tinggi akan menerima tempias projek pembangunan di Pengerang sekiranya cadangan bagi pembinaan jalan empat lorong daripada Bandar Penawar ke Kampung Makam dapat direalisasikan pada RMK 11 sebagai pemangkin pembangunan di Kota Tinggi.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, ia tidak mustahil jika waktu perjalanan daripada kawasan tersebut dapat disingkatkan daripada 90 minit kepada 45 minit.
Beliau yakin penjimatan waktu perjalanan untuk ke Pengerang bakal memberi impak besar buat penduduk di Kota Tinggi.
“Harapan kita dengan pembinaan jalan empat lorong ini Kota Tinggi tidak akan terasing dengan pembangunan bersepadu minyak di Pengerang. Kita tidak mahu warga Kota Tinggi tidak dapat manfaat pembangunan itu. “
Melalui pembangunan ini jugak akan memberi limpahan kegiatan ekonomi kepada penduduk tempatan dari segi  peluang – peluang pekerjaan, keusahawanan dan mampu menaikkan taraf sosi0 ekonomi penduduk tempatan secara sekata dan merata.
Beliau juga mengingatkan agar penduduk Kota Tinggi bersiap sedia menghadapi kepesatan pembangunan ekonomi tersebut agar tidak ketinggalan dalam menikmati limpahan sosio ekonomi tersebut.
“Manfaat pembinaan jalan ini juga boleh diterima penduduk di Tenggara dan Mersing,” katanya.

Wednesday, 13 May 2015

Dua beradik cedera teruk semasa hendak memansskan hidangan sarapan pagi.

Wednesday, 13 May 2015|07:51

KOTA TINGGI – Hasrat dua beradik yang mahu bersarapan bersama terbantut apabila kedua-duanya cedera selepas dapur rumah mereka di Kuarters Majlis Daerah, Jalan Tun Habab di sini, terbakar, kelmarin.

Difahamkan ketika kejadian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan kakaknya berumur sembilan tahun hanya tinggal berdua di rumah manakala bapa mereka keluar menghantar ibu ke tempat kerja.

Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Amat berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam pada jam 9.07 pagi sebelum 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi sampai di lokasi empat minit kemudian.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran dipercayai berlaku semasa ketiadaan ibu bapa mangsa. Mangsa memberitahu ada menghidu bau  busuk (dipercayai bau kebocoran gas) namun mangsa yang tidak mengetahui apa-apa bertindak memanaskan hidangan yang berada di atas dapur.

“Tindakan itu menyebabkan api menyambar kanak-kanak terbabit mengakibatkan si kakak melecur di bahagian muka, rambut dan tangan manakala adiknya melecur di bahagian bibir dan rambut,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya difahamkan sebelum kejadian ibu mangsa yang sudah menyiapkan sarapan sebelum keluar bekerja turut meninggalkan pesan kepada kedua-dua anaknya supaya makan sarapan disediakan di atas dapur setelah bangun tidur. 

"Kakak mangsa yang pada awalnya mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT) telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana mengalami melecur 30 peratus di bahagian muka.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi pihaknya mendapati pintu besi rumah sudah dibuka dan kedua-dua mangsa sudah dibawa ke HKT oleh jiran .

“Kebakaran yang berlaku melibatkan alat perkakas memasak iaitu dapur gas dua penunu dan kabinet dapur. Kesan dari kebakaran itu juga telah mengakibatkan kesan jelaga di dinding dapur.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian yang dialami keluarga ini,” katanya.

Sumber : #sinar

Tuesday, 21 April 2015

Pelakon "stunt" filem Merong Mahawangsa anak Kota Tinggi

Tuesday, 21 April 2015|11:54

Merong Mahawangsa pada 2009, tetapi ia tidak memberi impak kepada Mohd Shaffiq Shahli, 29, sehingga dia terpaksa pulang ke kampung di Kota Tinggi, Johor bagi meneruskan kehidupannya.

Bagaimanapun, minat terhadap lakonan tidak pernah padam membuatkan Shaffiq terus berusaha menjalani uji bakat lakonan.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila terpaksa berdepan dengan pengarah bernafsu songsang yang mengajaknya ‘tidur’ sekiranya mahu menjadi pelakon.

Mujur Shaffiq tidak mudah terpedaya kerana dia amat yakin dan percaya yang rezekinya bukan terletak dalam tangan mereka, sebaliknya Allah SWT yang tentukan.

“Saya tidak mahu memulakan langkah pencarian rezeki saya dalam bidang seni menerusi cara yang ‘kotor’ lantas saya tolak dengan baik.

“Bukan berlagak pandai, tetapi saya tidak mahu kerana keinginan yang membuak untuk menjadi anak seni membuatkan saya mudah hilang pedoman. Biarlah apa saya dapat itu melalui jalan yang sukar, namun rezeki yang saya dapat itu diberkati Allah SWT.

“Ketika menunggu tawaran yang datang, saya pulang ke kampung dan melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menternak ikan,” katanya.

Atas kesabaran yang tidak pernah pudar, dia kemudian didatangi beberapa tawaran berlakon dan salah satunya ialah drama berjudul Titisan pada 2012.

“Sekali lagi saya meningggalkan kampung halaman untuk berkelana di ibu kota demi menyahut kata hati. Selepas Titisan, saya mula dapat tawaran lain dan lakonan saya menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia akhirnya memberi sinar kepada saya.

“Peminat drama Melayu mula kenal siapa saya dan kesan daripada itu ‘fol­lowers’ saya di Instagram turut meningkat,” katanya.

Menurutnya, dalam drama itu dia memegang watak Zarul iaitu adik kepada Syukri Yahya.

Zarul watak nakal yang cuba menggoda pembantu rumahnya, Ainin yang tanpa pengetahuannya Ainin sudah berkahwin dengan abangnya.

“Kenakalan Zarul membuatkan peminat membenci watak itu dan ia suatu yang baik kerana peminat mula kenal saya.

“Alhamdulillah, sambutan penonton terhadap drama itu terus membuka pintu rezeki untuk saya dalam dunia lakonan,” katanya yang juga pernah berlakon dalam filem Tokan.

Tuesday, 14 April 2015

500,000 bakal dapat manfaat dari Institut Kepimpinan Putra (PLI)

Tuesday, 14 April 2015|08:37

Seramai 500,000 peserta khususnya penduduk luar bandar bakal menerima manfaat melalui pelbagai latihan yang ditawarkan khusus­nya dalam bidang keusahawanan dalam masa setahun di Institut Kepimpinan Putra (PLI) Kota Tinggi, di sini.

Institusi yang baru dilancarkan hari ini itu bukan sahaja memberi latihan dan bimbingan berbentuk teori, malah mereka akan turut memantau pelaksanaan program-program diadakan.

Pengarah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Johor, Dr. Mohd. Azlan Ab. Jalil berkata, PLI Kota Tinggi merupakan PLI pertama beroperasi di Malaysia dan model digunakannya telah menarik minat beberapa negeri lain iaitu Pahang, Perak dan Kedah.

Katanya, PLI merupakan sebuah institusi kepemimpinan dan pembelajaran yang memberikan ilmu pengetahuan berguna kepada pesertanya secara percuma melalui kerjasama dengan RTC Johor di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“PLI bertujuan untuk memba­ngunkan transformasi minda rakyat kepada masyarakat kelas pertama melalui pembangunan modal insan dalam bidang keusahawanan.

“Antara kemudahan yang terdapat di sini termasuklah menyelaras dan menyediakan pelbagai kursus, program latihan, seminar, persidangan dan sebagainya,” katanya yang ditemui semasa menghadiri majlis Pemuafakatan Rakan Strategik RTC Johor dan Pelancaran PLI Kota Tinggi.

Mereka yang berminat untuk turut serta dalam kursus anjuran PLI boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sosial mereka.

Antara kursus disediakan di PLI termasuklah aspek kepemimpinan, ekonomi, pertanian, perikanan, pastri serta bidang kreatif.

Rokok seludup dirampas

|08:32

Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas sebuah Toyota Camry dengan muatan 11,000 bungkus rokok kretek yang dipercayai cuba diseludup ke pasaran tempatan di ladang kelapa sawit Belungkor, Pengerang dekat Kota Tinggi, tengah malam tadi.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, semua rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM104,170, manakala kereta dengan nombor pendaftaran negara jiran itu bernilai RM65,000.

"Dalam Ops Landai kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, anggota PPM Pengerang mengekori kereta terbabit yang kelihatan mencurigakan kerana memandu laju sebelum diarahkan berhenti.

"Namun, pemandu terus memandu sebelum terbabas di ladang kelapa sawit itu dan berjaya melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana menyeludup barangan bercukai.

Sumber: Harian Metro

Monday, 13 April 2015

Penduduk Kota Tinggi wajar rebut peluang di Pengerang

Monday, 13 April 2015|07:21

Penduduk Kota Tinggi akan menerima tempias projek pembangunan di Pengerang sekiranya cadangan bagi pembinaan jalan empat lorong daripada Bandar Penawar ke Kampung Makam dapat direalisasikan.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, ia tidak mustahil jika waktu perjalanan daripada kawasan tersebut dapat disingkatkan daripada 90 minit kepada 45 minit.

Menurutnya, beliau yakin penjimatan waktu perjalanan untuk ke Pengerang bakal memberi impak besar buat penduduk di Kota Tinggi.

“Saya bersama kepimpinan pejabat daerah telah memohon Kerajaan Pusat membina jalan empat lorong dari simpang tol Bandar Penawar terus ke Kampung Makam selain melebarkan jalan bypass Kota Tinggi.

“Kita tidak mahu warga Kota Tinggi tidak dapat manfaat pembangunan itu.

“Manfaat pembinaan jalan ini juga boleh diterima penduduk di Tenggara dan Mersing,” katanya.

Pasangan maut apabila kenderaan bertembung dengan kenderaan lain. Alfatihah

|07:04

Kota Tinggi: Suami isteri maut dalam kemalangan selepas kereta mereka bertembung dengan kenderaan lain, di Kilometer 48 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, 3 petang ini.

Kejadian berhampiran Ladang Getah Malaysia (LGM) Jalan Mawai itu meragut nyawa mangsa yang dikenal pasti sebagai Abdul Sidek Selamat, 59, dan Siti Mariam Abdul Hamid, 53.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan di hantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Kota Tinggi.


Jurucakap bomba berkata, sepasukan lima anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan 3.07 petang.

Menurutnya, pihaknya terpaksa bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

"Operasi tamat 4.01 petang. Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Difahamkan, pemandu kenderaan lain itu hanya cedera.

Thursday, 9 April 2015

Program Sempena Jamuan Teh Rakyat ; Kemahkotaan DYMM Sultan Johor Daerah Kota Tinggi

Thursday, 9 April 2015|16:19
Rakyat dan Sultan berpisah tiada.
Menjunjung kasih.
Daulat Tuanku.

Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Johor ,  pelbagai acara menarik telah dirancang oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi. Antaranya :-

9 April 2015 / Khamis
Lokasi : Astaka Budaya Laman Tun Sri Lanang
8.45 malam ; Malam Gema Rasul bersama Ustaz Akil Hayy dan Kumpulan Qasidah kanak-kanak dari Johor Bahru

10 April 2015 / Jumaat
Lokasi : Astaka Budaya Laman Tun Sri Lanang
10.00 pagi : Bermulanya Expo Pelbagai Jualan sehingga 14 April 2015
3.00 petang : Pertandingan Suara Karok (Saringan 1)
8.45 malam : Persembahan artis jemputan antaranya Haida dan beberapa orang artis lain.

11 April 2015 / Sabtu
Lokasi : Astaka Budaya Laman Tun Sri Lanang
3.00 petang : Pertandingan Suara Karok (Saringan 2)
8.45 malam : Persembahan artis jemputan antaranya Hyper Act dan beberapa orang artis lain.

12 April 2015 / Ahad
Lokasi : Padang Bukit Kerajaan
8.00 pagi : Kayuhan Kemahkotaan
10.00 pagi : Bermulanya Pameran Kerjaya dan Agensi-agensi kerajaan sehingga 14 April 2015
2.30 petang : Mini Explore Race dan Sukan Rakyat
8.45 malam : Ceramah Agama oleh Ustaz Badil Shah

12 April 2015 / Ahad
Lokasi : Astaka Budaya Laman Tun Sri Lanang
11.00 pagi : Pertandingan Suara Karok (Separuh Akhir)
3.00 petang : Konsert Pentas Best.fm

12 April 2015 / Ahad
Lokasi : Dewan Jubli Intan
10.00 pagi : Bermulanya Pameran Kesultanan Johor sehingga 20 April 2015

13 April 2015 / Isnin
Lokasi : Padang Bukit Kerajaan
10.00 pagi : Pertandingan Mewarna dan Demonstrasi Masakan
2.30 petang : Mini Showcase bersama Kota Tinggi Buskers
4.00 petang : Sukan Extreme
5.00 petang : Autoshow

13 April 2015/ Isnin
Lokasi : Astaka Budaya Laman Tun Sri Lanang
5.00 petang : Persembahan band jemputan
8.45 malam : Pertandingan akhir Suara Karok dan artis Jemputan Sarah Mentor

14 April 2015 / Selasa
2.00 petang : Jamuan Teh bersama Rakyat Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Johor

Semua dijemput hadir.

#sebarang pindaan tertakluk kepada Pejabat Daerah Kota Tinggi



Friday, 20 March 2015

Enggan muncul di televisyen dan radio - Ustaz Datuk Kazim Elias #mesraKotaTinggi

Friday, 20 March 2015|10:14

Pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, telah membuat pengumuman untuk tidak akan muncul secara langsung dalam program ceramah agama menerusi televisyen dan radio

Perkara itu diumumkan melalui program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diadakan di Padang Astaka, Batu Kurau, Perak yang disiarkan secara langsung.

Bagaimanapun, Ustaz Kazim berkata, beliau akan tetap meneruskan ceramahnya seperti biasa sebagaimana yang sudah dijadualkan.

Katanya, beliau juga akan meneruskan semua program yang sudah direkodkan dan termaktub dalam kontraknya bersama stesen televisyen swasta Astro melalui program 'Kalau Dah Jodoh' seperti sebelum ini.

Wednesday, 18 March 2015

Keistimewaan Istiadat Siram Tabal - Daulat Tuanku! #mesrakotatinggi

Wednesday, 18 March 2015|21:00
 
Istiadat Siram Tabal sempena Kemahkotaan Sultan Ibrahim Iskandar dijadualkan berlangsung mengikut adat tradisi Melayu di Pekarangan Bukit Bintang, Istana Besar, Johor Bahru, Sabtu ini.
 
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat siram tabal atau mandi itu adalah acara simbolik untuk membersihkan diri dan jiwa Tuanku sebelum baginda memulakan tugas.
 
“Saya pasti rakyat sendiri tertanya-tanya mengapa kita adakan istiadat bersiram dan ditonton kaum kerabat.

Raptai Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor telah bermula #mesrakotatinggi

|20:00

Johor Bahru Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah perkenan menghadiri raptai penuh Istiadat Kemahkotaannya di Istana Besar di sini, semalam.

Pasangan diraja itu tiba di pekarangan istana 10 pagi dengan menaiki kenderaan rasmi diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Turut hadir, anakandanya, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan barisan Exco kerajaan negeri.
 
Terdahulu, kenderaan yang membawa pasangan itu berkonvoi dari Istana Bukit Serene melalui Jalan Wong Ah Fook menuju Jalan Trus dan seterusnya ke Pantai Lido sebelum memasuki Istana Besar. Ketibaan baginda berdua disambut dengan perbarisan lintas hormat dan diiringi lagu Bangsa Johor yang dimainkan 35 anggota pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Berpantang maut sebelum ajal - Ayah dan seorang anak terselamat dalam kebakaran. #mesrakotatinggi

|16:00

KOTA TINGGI 17 Mac - Bau hangit daripada tilam yang terbakar berjaya menyelamatkan dua beranak daripada mati rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah sewa mereka di Kampung Kelantan, dekat sini pagi ini.

Badarudin, 11, yang terbau hangit dan melihat api mula marak di tempat tidurnya di sebuah bilik segera mengejutkan ayahnya, Mohd. Zom Mohd. Zahir, 45, dalam insiden pukul 1.40 pagi itu.
Bagaimanapun, usaha Mohd. Zom untuk memadamkan api de­ngan menyiram sebaldi air bukan sahaja tidak berhasil, malah menyebabkan semakin marak.
“Ketika itu saya sedang tidur, namun tiba-tiba dikejutkan oleh anak yang memberitahu ada api. Saya yang melihat api berhampiran kawasan tempat tidurnya cuba untuk memadam api itu dengan menyimbah sebaldi air tetapi tidak berjaya.

“Api semakin marak menyebabkan saya tidak berfikir panjang te­rus menarik tangan anak untuk keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada pemberita di sini.

Ustaz Kazim mahu berhenti ceramah? #mesrakotatinggi

|13:50
 
Pendakwah terkenal Datuk Mohd. Kazim Elias membayangkan hasrat untuk berhenti daripada berceramah dalam tempoh terdekat, dipercayai ekoran beberapa isu membabitkan diri­nya sejak kebelakangan ini.

Dalam program Ceramah Perdana Sempena Peringatan Hari Polis Ke-208 di Kem Pasukan Gerak Am (PGA) Ulu Kinta dekat sini baru-baru ini, beliau berkata, isu-isu yang dihadapinya sejak menjadi pendakwah menyebabkan beliau hilang sema­ngat untuk terus berceramah.Sebagai langkah awal ke arah itu, difahamkan beliau sudah mula menolak beberapa jemputan untuk menjadi tetamu beberapa program televisyen.
 
Begitupun, buat sementara waktu beliau masih terus menerima jemputan untuk mengadakan ceramah namun dikatakan akan berhenti setelah pembinaan ba­ngunan tambahan di Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi, dekat sini yang diasaskannya siap sepenuhnya. 

Ini kerana, buat masa ini beliau mahu mencari dana untuk membiayai pembinaan bangunan tersebut yang menelan kos kira-kira RM500,000. Ditanya sama ada beliau serius untuk berhenti daripada berce­ramah, Mohd. Kazim berkata, beliau akan membuat pengumuman mengenainya. “Apa-apa pun tunggu (pengumuman), Khamis ini,” katanya ketika ditemui selepas program.

Thursday, 12 March 2015

Homestay Kg Belukar Durian ... panoramanya seunik nama

Thursday, 12 March 2015|15:42

 
 


Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil sekali melakar sejarah apabila menerima lawatan dari Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malayia, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz pada 10hb Mac 2015. Semoga dengan warga desa Kampung Belukar Durian akan mendapat manfaat hasil dari lawatan Yang Berhormat Dato.


 

 
Sedikit latarbelakang mengenai Kampung Belukar Durian, nama unik kampung ini katanya dibei sempena penemuan sebatang pokok durian ketika penduduk Sedili Kecil meneroka kawasan hutan bagi penempatan baru. Ketika meneroka , mereka hanya menemui sebatang sahaja pokok durian yang sangat besar di tengah-tengah hutan tersebut. Maka terhasillah nama Kampung Belukar Durian.

 


 


Keunikan dan keistimewaan kawasan sungai Kampung Belukar Durian dari segi eko-sistemnya telah berjaya menarik KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) untuk melaksanakan pelbagai pembangunan baik dalam pembangunan kemudahan infrastruktur pelancongan desa, pembangunan projek ekonomi pelancongan dan juga pembangunan modal insan kepada penduduk tempatan yang berteraskan pelancongan.

Antara kemudahan infrastruktur pelancongan desa yang telah dibangunkan sehingga 2014 adalah wakaf, tandas, boardwalk, menara tinjau dan juga dewan terbuka. Manakala projek ekonomi yang telah dibangunkan adalah 2 unit kiosk, 3 unit bot pelancongan serta 7 unit chalet. Bagi melengkapkan ilmu pengetahuan serta memperlengkapkan modal insan kepada komuniti Kampung Belukar Durian, KEJORA turut melaksanakan kursus, seminar, bengkel dan juga lawatan sambil belajar. Antara program yang dilaksanakan termasuklah Lawatan Ilmiah ke Homestay Wiso Malai Sabah, Homestay Kampung Sinisian Sabah, Kursus Asas Homestay, Seminar Pembangunan Kraftangan, Kursus Anyaman Lekar serta beberapa program yang berkonsepkan pelancongan.

The Wetland Kampung Belukar Durian mempunyai keunikannya yang tersendiri selain dari itu pelbagai aktivit berkumpulan mahupun berkeluarga boleh diadakan di situ.
Sesiapa yang berminat bolehlah ke facebook Homestay Belukar Durian

 

Tuesday, 10 March 2015

Keropok Lekor Terbaek! Jom sokong produk anak tempatan..."Citarasa anda Keutamaan Kami".

Tuesday, 10 March 2015|12:28

D' Sedili Best Foods Enterprise telah beroperasi hamper 3 tahun. Diusahakan secara gigih oleh keluarga Idris Bin Hamid. Alhamdulillah kini pasaran keropok mereka telah berkembang sehingga ke Johor Bahru dan Pontian.

Sesiapa yang memerlukan bekalan keropok bagi tujuan perniagaan atau keperluan sendiri boleh hubungi terus D'Sedili Best Foods Enterprise; En Hamzin - 011 1074 6901


LAWATAN YB AHLI PARLIMEN KOTA TINGGI DAN PENGURUS BESAR PELADANG KOTA TINGGI








Wednesday, 4 March 2015

Siapakah pencipta panji Kota Tinggi?

Wednesday, 4 March 2015|12:37

Pada 25hb Febuari 2015 Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memperkenankan bendera Kota Tinggi dan secara rasminya telah dilancarkan pada 1 Mac 2015 oleh Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi Tuan Noorazam Bin Osman bersama sama Ketua-ketua Jabatan pelbagai agensi kerajaan, Ahli Parlimen Kota Tinggi Yang Berhormat Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid, ADUN Johor Lama dan ADUN Sedili di Bangunan Sultan Iskandar. Setiap Jabatan akan dibekalkan dengan bendera rasmi daerah untuk dikibarkan pada setiap bangunan kerajaan berkuatkuasa pada 1 Mac 2015.
 
Bendera ini adalah hasil ciptaan orang awam yang memenangi pertandingan bendera daerah Kota Tinggi yang dianjurkan dua tahun lalu.

Tuesday, 3 March 2015

Bengkel terbakar bersama 12 bot

Tuesday, 3 March 2015|08:57
Kota Tinggi: Sebanyak 12 bot musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Kampung Sungai Kapal, Pengerang, di sini, kelmarin, yang menyebabkan kerugian lebih RM600,000.
Kejadian kira-kira jam 3.50 petang disedari seorang pekerja bengkel yang terhidu asap sebelum mendapati api merebak ke bahagian lain termasuk ke kawasan menempatkan bot lama dan sedang dibaiki.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Mohd Fadli Ismail berkata, lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dengan dibantu satu jentera bersama enam anggota dari pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Pengelih.

Saturday, 21 February 2015

Rezeki bermusim "siput 'ale'" #mesrakotatinggi

Saturday, 21 February 2015|16:59
Setiap kali menjelang hujung tahun, kawasan perairan di sekitar Pulau Tagal, Pulau Tumbuh Daun dan Busut Ale di Sedili Besar, dekat sini pasti menjadi tumpuan orang ramai.
Ini kerana kawasan tersebut menjadi lokasi nelayan dan penduduk setempat mencari siput ‘ale’ atau lebih dikenali sebagai lala yang boleh didapati dengan banyak di tanah berbatu serta berlumpur.
Justeru, tidak hairan pelbagai peringkat golongan termasuk kanak-kanak dan warga emas tidak melepaskan peluang untuk mencari siput berkenaan.
Kemunculan siput ‘ale’ itu nyata membawa rezeki tambahan bagi golongan nelayan, manakala orang ramai menjadikannya sebagai menu hidangan waktu makan.

Friday, 6 February 2015

Kemalangan jiwa yang melibatkan dua kakitangan PLKN #mesrakotatinggi

Friday, 6 February 2015|13:37

 

5hb Febuari 2015 ,

Mersing: Dua kakitangan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) maut selepas dua kenderaan pacuan empat roda milik agensi itu bertembung di Kilometer 19, Jalan Penyambong, Tanjung Resang-Air Papan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, dua penumpang, masing-masing dalam kenderaan terbabit turut parah. Mangsa yang maut dikenali sebagai Raden Benney RS Tenwidjaja, 53, bertugas di Kem PLKN Ulu Pari, Negeri Sembilan dan Ismail Muhamat, 57, dari Kem PDS Resort, Post Dickson, Negeri Sembilan.

Dua yang parah ialah Timbalan Komandan Kem PLKN Ulu Pari, Mejar (B) Abdul Aziz Abdul Wahab, 59, dan Mohd Yusuf Ishak, 44.
Kem Komander PLKN Seri Pekasa, Mantin, Negeri Sembilan, Mohd Nazri Abdul Wahid, berkata, Mohd Yusuf baru menghantarnya ke kem PLKN Teluk Sari, Endau, di sini, untuk menghadiri mesyuarat sebelum keluar minum bersama Ismail.

Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPTA/IPTS Khas Untuk Anak Anak Johor #mesrakotatinggi

|06:00

SYARAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 

1. Pemohon Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja,
2. Ditawarkan kepada pelajar sepenuh masa di IPTA yang mula mendaftar di tahun pertama sahaja,
3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan,
4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih,
5. Tempoh permohonan selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPTA dan perlu menyertakan resit pembayaran pendaftaran,
6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja dalam setahun untuk setiap taraf pengajian,
7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi -agensi lain.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN (yang telah disahkan)
1. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA dan Salinan Resit Pembayaran (bagi yang telah mendaftar),
2. Salinan kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan bapa atau Penjaga,
3. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad sahaja,
4. Salinan Slip Gaji/ Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa atau Penjaga
(Jika tiada atau tidak bekerja, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa/ Penjaga dan telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah sahaja)

 SYARAT-SYARAT KELULUSAN

1. Pemohon di kalangan E-Kasih perlu mendapatkan pengesahan dari Pegawai Daerah sahaja. Jika tiada nama di kalangan E-kasih, hanya perlu mendapatkan pengesahan wakil rakyat sahaja,
2. Jika tidak terdapat nama pemohon dalam E-kasih :
2.1 Pendapatan Ibu dan Bapa/ Penjaga kurang daripada RM 4,000.00 sebulan,
2.2 Perlu mendapat pengesahan dari Ahli Dewan Undangan Negeri/ Wakil Rakyat
kerajaan di Negeri Johor sahaja,
3. Permohonan ini perlu mendapatkan perakuan dari Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.
 
 BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :
Alamat:
No. 15, Bangunan YPJ,
Jalan Nuri, Larkin Jaya,
Kg Dato’ Onn Jaafar,
Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim

E-mail: ypj@johor.gov.myAlamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript diaktifkan untuk melihatnya.
Telefon: 07- 2344355
Faks: 07- 2344434
Web: http://www.ypj.gov.my




 

Thursday, 5 February 2015

Peluang pekerjaan di JPDC ; JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION #mesrakotatinggi

Thursday, 5 February 2015|14:36
 
JPDC - Johor Petroleum Development Corp

 


Jawatan kosong di JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION (JPDC) . Peluang kerjaya dan kerja kosong JPDC terkini bulan Februari 2015 dengan senarai kekosongan jawatan dibawah ini; penempatan kerja di Johor.

Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan.

Jawatan : Senior Analyst, Finance
Responsibilities : Take full ownership and responsibilities of the Account Payables ("AP") and Payments. Manage AP portfolio efficiently within the Service Level Agreement...
Min 5 years (Senior Executive)
Tarikh tutup permohonan : 21 Februari 2015.

Jawatan : PMT Manager (Planning)
Responsibilities : Prepare action plans for implementation to ensure cost and time factors are not compromised for high quality standards. Co-ordiate and supervise project execution...
Min 6 years (Managers)
Tarikh tutup permohonan : 14 Februari 2015.

Jawatan : Finance and Admin Manager
 Responsibilities : Financial OperationsPerforming timely month-end accounts closing. Preparing management report with variance analysis between actual and budget/forecast for cost monitoring...
Skills: MS Office, MS Powerpoint
 Min 10 years (Managers)
Tarikh tutup permohonan : 13 Februari 2015.
 


JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD
Suite 17.03A, level 17, Menara MSC Cyberport,
No.5, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor bahru,
Johor, MALAYSIA.

Phone no: +607-2672 900
Fax no: +607-2672 999
 

Monday, 2 February 2015

3 Bantuan Khas Untuk Belia Islam Johor oleh Perbadanan Islam Johor, tarikh tutup 30 April 2015 #mesrakotatinggi

Monday, 2 February 2015|16:29

Perbadanan Islam Johor (PIJ) mula beroperasi pada 1 Jnauari 1977 , dulunya dikenali sebagai Perbadanan kemajuan ekonomi Islam Negeri Johor telah ditubuhkan pada 6 Mei 1976 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 oleh kerajaan Negeri Johor.
 
PERBADANAN ISLAM JOHOR
Aras 6, Bangunan PIJ Holdings
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel : 07 227 7611 / 07 227 6197 / 07 227 6223
Faks : 07 227 2991
Emel : pij@pij.gov.my
Laman web : http://www.pij.gov.my/vistapij/00.htm

Bagi memenuhi objekti PIJ iaitu menyalurkan kewangan kepada aktiviti aktiviti yang beragendakan Islam, PIJ telah menyediakan tiga jenis bantuan khas untuk belia Islam Johor iaitu :-

1. Bantuan Tajaan Belia Islam
2. Bantuan Usahawan Belia Islam
3. “Youth Collective”

BANTUAN TAJAAN BELIA ISLAM
Syarat-Syarat Permohonan
1. Pertubuhan hendaklah berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Malaysia (ROY)
.
2. Mempunyai akaun bank atas nama pertubuhan yang di pohon.

3. Keutamaan kepada belia Islam berumur 18 hingga 40 tahun.

4. Dokumen sokongan yang WAJIB disertakan adalah seperti berikut:-
i- Kertas kerja.
ii- Salinan pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) yang disahkan.

5. Pengesahan hanya boleh disahkan oleh :
i. Borang Permohonan ; Ahli Parlimen / ADUN
ii- Dokumen sokongan ; Ahli Parlimen / ADUN / Pegawai Kumpulan A / Penghulu / Ketua Kampung

6. Permohonan boleh mendapatkan borang secara percuma di pejabat Perbadanan Islam Johor atau di laman web rasmi PIJ – www.pij.gov.my

7. PIJ berhak menolak permohonan sekiranya borang permohonan tidak dilengkapkan sepenuhnya atau dokumen sokongan tidak disertakan.

8. Borang yang telah lengkap hendaklah dimajukan kepada :-

Pengurus Besar
Perbadanan Islam Johor.
Aras 6, Bangunan PIJ Holdings,
No. 8 Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

9. Pemohon hanya dibenarkan memohon satu sahaja program tajaan.

10. PIJ tidak akan memberikan bantuan ulangan.

BORANG PERMOHONAN


BANTUAN USAHAWAN BELIA ISLAM

Syarat-Syarat Permohonan
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia beragama Islam dan anak jati Negeri Johor:-
- Lahir di Negeri Johor. Status kad pengenalan 01/23 dan anak jati Johor menetap di Negeri Johor tidak kurang 5 tahun berturut-turut dari tarikh permohonan dibuat.

2. Pendapatan kasar bulanan pemohon dan keluarga tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.

3. Perniagaan yang diceburi mestilah berlandaskan syariah Islam dan mematuhi undang-undang pihak berkuasa dan telah ada premis perniagaan sendiri. Keutamaan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan bagi tempoh setahun ke atas.

4. Pernah menjalankan kegiatan perusahaan atau perniagaan yang berhubung kait dengan tujuan permohonan bantuan.

5. Perniagaan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

6. Keutamaan kepada belia Islam berumur 18 hingga 40 tahun.

7. Dokumen sokongan yang WAJIB disertakan adalah seperti berikut:-
i- Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan.
ii- Salinan sijil pendaftaran syarikat (sijil pendaftaran mestilah atas nama pemohon) yang disahkan.
iii- Salinan pendapatan atau surat akuan pendapatan yang disahkan.

8. Pengesahan hanya boleh disahkan oleh :
i. Borang Permohonan ; Ahli Parlimen / ADUN
ii- Dokumen sokongan ; Ahli Parlimen / ADUN / Pegawai Kumpulan A / Penghulu / Ketua Kampung

9. Permohonan boleh mendapatkan borang secara percuma di pejabat Perbadanan Islam Johor atau di laman web rasmi PIJ – www.pij.gov.my

10. PIJ berhak menolak permohonan sekiranya borang permohonan tidak dilengkapkan sepenuhnya atau dokumen sokongan tidak disertakan.

11. Borang yang telah lengkap hendaklah dimajukan kepada :-

Pengurus Besar
Perbadanan Islam Johor.
Aras 6, Bangunan PIJ Holdings,
No. 8 Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

12. Jika berjaya, permohonan akan diberikan bantuan sebanyak RM5,000.00 melalui akaun pemohon.

13. Pemohon hanya dibenarkan memohon satu sahaja program tajaan.

14. PIJ tidak akan memberikan bantuan ulangan.

BORANG PERMOHONAN

“YOUTH COLLECTIVE”

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia beragama Islam dan anak jati Negeri Johor:-
- Lahir di Negeri Johor. Status kad pengenalan 01/23 dan anak jati Johor menetap di Negeri Johor tidak kurang 5 tahun berturut-turut dari tarikh permohonan dibuat.

2. Pendapatan kasar bulanan pemohon dan keluarga tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.

3. Tujuan permohonan adalah untuk menghadiri kursus / bengkel /seminar atau lain lain berkenaan perniagaan dan aktiviti belia.

4. Keutamaan kepada belia Islam berumur 18 hingga 40 tahun.

5. Dokumen sokongan yang WAJIB disertakan adalah seperti berikut:-
i- Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan.
ii- Salinan surat untuk menghadiri kursus / bengkel / seminar yang disahkan.
iii- Salinan pendapatan atau surat akuan pendapatan yang disahkan.

6. Pengesahan hanya boleh disahkan oleh :
i. Borang Permohonan ; Ahli Parlimen / ADUN
ii- Dokumen sokongan ; Ahli Parlimen / ADUN / Pegawai Kumpulan A / Penghulu / Ketua Kampung

7. Permohonan boleh mendapatkan borang secara percuma di pejabat Perbadanan Islam Johor atau di laman web rasmi PIJ – www.pij.gov.my

8. PIJ berhak menolak permohonan sekiranya borang permohonan tidak dilengkapkan sepenuhnya atau dokumen sokongan tidak disertakan.

9. Borang yang telah lengkap hendaklah dimajukan kepada :-

Pengurus Besar
Perbadanan Islam Johor.
Aras 6, Bangunan PIJ Holdings,
No. 8 Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

10. Pemohon hanya dibenarkan memohon satu sahaja program tajaan.

11. PIJ tidak akan memberikan bantuan ulangan.

BORANG PERMOHONAN









Sudahkah anda memohon Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) ? #mesrakotatinggi sediakan cara mudah untuk anda memohon RMMJ

|10:20

Rumah Mampu Milik Johor adalah perumahan yang berharga RM50,000 kebawah yang mampu dimiliki berdasarkan pendapatan rakyat Johor, disediakan oleh kerajaan negeri Johor khusus untuk rakyat Johor.

"PERINGATAN : PASTIKAN ANDA MENDAFTAR MENGGUNAKAN KOMPUTER PERIBADI ATAU KOMPUTER RIBA BERSERTA "PRINTER" BAGI MEMMUDAHKAN PROSES PERMOHONA. SELAMAT MEMOHON" Syarat kelayakan permohonan RMMJ ialah :
1. Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas.
2. Berkahwin / bujang layak memohon
3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
4. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
6. Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
7. Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
8. Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
9. Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

Permohonan anda perlu dibuat pengesahan dengan menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan.

Borang-borang itu adalah :
1.Salinan MyKad pemohon & pasangan
2.Salinan Kad Orang Kelainan Upaya (OKU)
3.Salinan sijil kelahiran pemohon, pasangan dan anak-anak
4.Salinan sijil nikah/pendaftaran perkahwinan/penceraian/kematian
5.Surat Akuan Sumpah bagi pemohon yang berkahwin mengikut adat / yang tidak berdaftar perkahwinan
6.Laporan Polis & Akuan Sumpah bagi yang ditinggalkan pasangan
7.Bukti tempoh menetap lima (5) tahun di Negeri Johor bagi pemohon luar Negeri Johor (salinan surat beranak anak / surat pengesahan sekolah anak / salinan buku akaun bank / salinan Pasport)
8.Salinan slip gaji 3 bulan terkini dan surat pengesahan majikan (asal) bagi pemohon & pasangan
9.Sertakan Daftar Syarikat (SSM), Penyata KWSP dan surat akuan sumpah menyatakan pekerjaan dan pendapatan bagi pemohon & pasangan yang bekerja sendiri
10.Salinan Permit Kerja (bagi pemohon & pasangan yang bekerja di luar negara)
11.Salinan kad pelajar dan akaun bank bagi pemohon yang sedang belajar
12.Salinan akaun bank / Kad Pesara bagi pemohon yang berumur melebihi 55 tahun
13.Lampirkan salinan hakmilik (geran) bagi yang memiliki harta
14.Akuan sumpah pemohon yang perlu anda cetak setelah anda selesai mengisi borang permohonan 

Selain itu sedikit peringatan sebelum anda mengisi boring permohonan :
1. Baca dengan teliti dan ikut kenyataan berikut.
2. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas.
3. Borang permohonan dan SALINAN DOKUMEN yang dilampirkan perlu JELAS agar permohonan TIDAK DITOLAK
4. Permohonan tidak akan diproses sekiranya maklumat didapati PALSU
5. Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00
6. Pastikan setiap bayaran yang dibuat diakui terima dengan RESIT RASMI
7. Tempoh sah pendaftaran ADALAH 5 TAHUN dan boleh mendaftar semula selepas tamat tempoh 
8. Setiap perubahan/kemaskini maklumat hendaklah dirujuk ke Pentadbiran ini Jika anda memenuhi segala syarat yang diberikan diatas, anda bolehlah membuat permohonan di http://erumah.johor.gov.my/?module=ops_add

Saturday, 31 January 2015

Fynn Jamal artis popular orang Kota Tinggi #mesrakotatinggi

Saturday, 31 January 2015|16:16


Kota Tinggi selain popular dengan cerita sejarahnya yang pelbagai, daerah ini juga telah melahirkan ramai artis popular, antaranya penyanyi keroncong Allahyarhamah Rosiah Chik, penyanyi dangdut Mas Idayu, kumplan rock Ekamatra dan yang sedang hangat dipasaran ialah Fynn Jamal.

Fynn Jamal atau nama sebenar Nur Affina Yanti Binti Jamalludin , selebriti yang sedang popular dengan lagu “Arjuna Beta” dilahirkan pada 27 Ogos 1982. “Arjuna Beta” Liriknya memang puitis. Kasih sayang dan nasihat seorang ibu kepada anaknya diceritakan dalam bait-bait lirik yang penuh emosi di dalam lagu ini. Melodinya pun boleh tahan jugak.

Monday, 26 January 2015

#mesrakotatinggi - Sejarah nama "Kota Tinggi"

Monday, 26 January 2015|11:06
Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

Dari mana asal usul nama "Kota Tinggi" .

Monday, 19 January 2015

Misi Bantuan “Khidmat Mesra Pasca Banjir” - YBDT Datuk Haji Ehsan @mesrakotatinggi #mesrakotatinggi #mysahabatmedia

Monday, 19 January 2015|10:36



“Ini dugaan. Disebalik sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. ALLAH tidak akan sesekali menyusahkan hambanya.” 

Yang Berhormat Datuk Haji Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid

Ahli Parlimen Kota Tinggi



Apabila beberapa negeri dilanda musibah banjir yang juga dipanggil “bah kuning”, pelbagai pihak telah tampil memberi bantuan bagi meringankan bebanan saudara saudara yang terlibat. Bantuan yang disalurkan bukan sahaja dari pelbagai agensi kerajaan , parti – parti politik malah pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) juga sama sama menghulurkan bantuan. 

"Mesra Sihat Rakyat Sejahtera" @mesrakotatinggi #mesrakotatinggi

|10:28

“Kalau kita sihat maknanya kita kaya, Alhamdulillah apabila kita sihat pelbagi perkara boleh kita lakukan. Kesihatan adalah aspek paling penting yang perlu dijaga oleh semua orang.”



YB Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid
Ahli Parlimen Kota Tinggi


Antara warga desa yang sedang menunggu giliran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

17 Januari 2015, Kg Felda Pasak


Yayasan Mesra telah mengambil inisiatif mengadakan program “Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera” bagi memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan serta memberi peluang kepada masyarakat kampung membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Pemeriksaan merangkumi pemeriksaan tekanan darah, BMI , kaji selidik tahap kesihatan individu dan pemeriksaan gigi.

Sunday, 18 January 2015

PLKN sedia penempatan sementara dan sukarelawan pasca banjir @mesrakotatinggi #plkn #mesrakotatinggi

Sunday, 18 January 2015|22:55
"Saya amat bersimpati dengan nasib mangsa..tiada siapa mahu ianya terjadi...kerajaan sedang berusaha sedaya upaya memberi bantuan untuk memulihkan keadaan insrastruktur dan kehidupan rakyat..."
Yang Berhormat Datuk Haji Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid
Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN)
Ahli Parlimen Kota Tinggi

Jemaah Menteri telah memutuskan dan bersetuju untuk segera mengosongkan tiga buah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kelantan untuk dijadikan pusat penempatan sementara dan sebuah kem Askar Wataniah kepada sebahagian mangsa banjir di negeri itu. 

Kem PLKN yang terlibat ialah terlibat ialah Kem Cancun Park di Pasir Mas, Kem Batu Jong di Kuala Krai dan Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang, manakala kem Askar Wataniah itu ialah Kem Sungai Durian di Kuala Krai.

Monday, 12 January 2015

Sejarah Kota Tinggi

Monday, 12 January 2015|12:42


Sejarah Kota Tinggi dan perkembangannya dicatatkan bermula dari tahun 1529, iaitu sejak daerah ini mula diteroka oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II, pengasas kerajaan Johor yang memerintah dari tahun 1528 hingga 1564.

Lokasi pertama yang diterokai baginda dan dijadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor Lama adalah di Pekan Tua (Kampung Sungai Telor sekarang).

Mesra Kota Tinggi © 2014