Sunday 18 January 2015

PLKN sedia penempatan sementara dan sukarelawan pasca banjir @mesrakotatinggi #plkn #mesrakotatinggi

Sunday 18 January 2015|22:55
"Saya amat bersimpati dengan nasib mangsa..tiada siapa mahu ianya terjadi...kerajaan sedang berusaha sedaya upaya memberi bantuan untuk memulihkan keadaan insrastruktur dan kehidupan rakyat..."
Yang Berhormat Datuk Haji Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid
Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN)
Ahli Parlimen Kota Tinggi

Jemaah Menteri telah memutuskan dan bersetuju untuk segera mengosongkan tiga buah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kelantan untuk dijadikan pusat penempatan sementara dan sebuah kem Askar Wataniah kepada sebahagian mangsa banjir di negeri itu. 

Kem PLKN yang terlibat ialah terlibat ialah Kem Cancun Park di Pasir Mas, Kem Batu Jong di Kuala Krai dan Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang, manakala kem Askar Wataniah itu ialah Kem Sungai Durian di Kuala Krai.


Sebagai Pengerusi MLKN YBDT Haji Ehsan telah memastikan keadaan kem – kem yang terlibat berada dalam keadaan selesa untuk dijadikan penempatan sementara

Pemilihan kem-kem berkenaan sebagai penempatan sementara ialah kerana pelbagai kemudahan asas telah sedia ada daripada tandas, dewan makan dan bilik kediaman, akan menyenangkan mereka meneruskan rutin hidup.

Namun, ada juga beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdepan nasib yang serupa. Di mana kira-kira 1,000 peserta PLKN terjejas dan terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat akibat bencana banjir besar yang turut melanda kem-kem tersebut.

Antara kem terbabit adalah Kem Cenderawasih Cador di Marang, Kem Saujana Jabi di Besut dam Kem Cheneh Cemerlang di Kemaman, Terengganu. Di Kelantan hanya satu kem PLKN yang terjejas iaitu Kem Batu Jong, Kuala Kerai dan Kem Tasoh di Perlis.

Selain menyediakan penempatan sementara, PLKN juga telah menggerakkan seramai 2,500 sukarelawan dari Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang terdiri dari bekas-bekas pelatih PLKN bagi membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

PLKN telah menubuhkan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) sejak 2012 oleh YAB Perdana Menteri. Keahlian BSKN terdiri daripada bekas-bekas pelatih PLKN memberi khidmat sukarela kepada agensi penyelamat dan penguatkuasa untuk membantu mangsa-mangsa banjir, mangsa kebakaran, mangsa tanah runtuh, kerja-kerja gotong-royong dan kerja-kerja sukarela kemasyarakatan.

Kalau satu masa dulu terdapat pelbagai bantahan ketika kerajaan hendak mewujudkan PLKN kini jelaslah kepada kita iaitu apa jua tindakan kerajaan Barisan Nasional, hanyalah untuk memastikan segala manfaat dn kebaikan akan berbalik kepada rakyat yang telah memilih mereka sebagai kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Mesra Kota Tinggi © 2014