Setiap kali menjelang hujung tahun, kawasan perairan di sekitar Pulau Tagal, Pulau Tumbuh Daun dan Busut Ale di Sedili Besar, dekat sini pasti menjadi tumpuan orang ramai.
Ini kerana kawasan tersebut menjadi lokasi nelayan dan penduduk setempat mencari siput ‘ale’ atau lebih dikenali sebagai lala yang boleh didapati dengan banyak di tanah berbatu serta berlumpur.
Justeru, tidak hairan pelbagai peringkat golongan termasuk kanak-kanak dan warga emas tidak melepaskan peluang untuk mencari siput berkenaan.

Kemunculan siput ‘ale’ itu nyata membawa rezeki tambahan bagi golongan nelayan, manakala orang ramai menjadikannya sebagai menu hidangan waktu makan.
Tidak seperti spesies kupang, tiram, siput sedut mahupun kerang, mencari siput ale tidak semudah yang disangka kerana memerlukan kecekapan dan kepakaran tertentu.

Ini kerana untuk mencari siput ‘ale’, tanah berbatu dan berlumpur perlu dikorek sebelum dibasuh dengan ‘mendulang’ pada gigi air.
Seorang nelayan, Ab. Kadir A. Rahman, 47, berkata, kawasan perairan itu menjadi seperti ‘tapak pesta’ oleh nelayan dan penduduk setempat setiap kali hujung tahun.
“Orang ramai suka siput ‘ale’ ini kerana rasanya enak dan manis serta dijual dengan harga RM5 sekilogram.
“Namun, semasa mencari siput ‘ale’ ini ada pantang larangnya kerana tidak boleh menggunakan cangkul atau skop. Jika kita langgar pantang ini, siput ‘ale’ akan ‘merajuk’ dan menghilangkan diri hingga bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Seorang lagi nelayan, Mohd. Rashidi Mamat Hanuai, 22, mengakui ‘berehat’ daripada menangkap ikan di laut semata-mata untuk mencari siput ‘ale’ setiap kali menjelang hujung tahun.
“Siput ‘ale’ ini menjadi punca pendapatan kami sekeluarga menjelang hujung tahun sejak sekian lama,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment