Monday 19 January 2015

Misi Bantuan “Khidmat Mesra Pasca Banjir” - YBDT Datuk Haji Ehsan @mesrakotatinggi #mesrakotatinggi #mysahabatmedia

Monday 19 January 2015|10:36



“Ini dugaan. Disebalik sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. ALLAH tidak akan sesekali menyusahkan hambanya.” 

Yang Berhormat Datuk Haji Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid

Ahli Parlimen Kota Tinggi



Apabila beberapa negeri dilanda musibah banjir yang juga dipanggil “bah kuning”, pelbagai pihak telah tampil memberi bantuan bagi meringankan bebanan saudara saudara yang terlibat. Bantuan yang disalurkan bukan sahaja dari pelbagai agensi kerajaan , parti – parti politik malah pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) juga sama sama menghulurkan bantuan. 


Antara NGO yang terlibat secara langsung ialah Yayasan Mesra. Misi Bantuan “Khidmat Mesra Pasca Banjir” Yayasan Mesra yang diketuai oleh Pengerusinya , Yang Berhormat Datuk Haji Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi telah menyalurkan bantuan barangan keperluan di Tanah Merah, Kelantan






Perjalanan Konvoi bermula jam 1.30 pagi pada 8 Januari yang lalu menuju ke Dewan Insaniah. Kg. Kelewek , Tanah Merah di sambut oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, YB Datuk Ikmal Hisham. 

YB Datuk Ehsan telah menyerahkan bantuan barangan keperluan seperti beras, minyak masak, biskut, makanan segera dan telor seberat 10 tan. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan mereka dan memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.



Baru baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan iaitu Kerajaan Pusat akan membina penempatan sementara kepada mangsa banjir yang hilang tempat tinggal dan pada masa yang sama, kerajaan akan mencari lokasi yang sesuai untuk membina penempatan kekal untuk golongan tersebut.

Akhirnya apa yang paling utama yang perlu diingat oleh setiap rakyat Malaysia ialah selagi Barisan Nasional yang mentadbir tanahair tercinta ini, kesejateraan rakyat akan sentiasa diutamakan tanpa mengira kaum dan agama juga fahaman politik mereka.

No comments:

Post a Comment

Mesra Kota Tinggi © 2014