Wednesday, 4 March 2015

Siapakah pencipta panji Kota Tinggi?

Wednesday, 4 March 2015|12:37

Pada 25hb Febuari 2015 Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memperkenankan bendera Kota Tinggi dan secara rasminya telah dilancarkan pada 1 Mac 2015 oleh Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi Tuan Noorazam Bin Osman bersama sama Ketua-ketua Jabatan pelbagai agensi kerajaan, Ahli Parlimen Kota Tinggi Yang Berhormat Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid, ADUN Johor Lama dan ADUN Sedili di Bangunan Sultan Iskandar. Setiap Jabatan akan dibekalkan dengan bendera rasmi daerah untuk dikibarkan pada setiap bangunan kerajaan berkuatkuasa pada 1 Mac 2015.
 
Bendera ini adalah hasil ciptaan orang awam yang memenangi pertandingan bendera daerah Kota Tinggi yang dianjurkan dua tahun lalu.

 
 
Ciri bendera daerah Kota Tinggi ialah :
Bulan  dan bintang melambangkan agama Islam
Garis Putih melintang melambangkan Sungai Johor yang juga permulaan kerajaan kesultanan Johor
Warna Putih melambangkan Raja berdaulat
Warna Merah melambangkan keberanian hulubalang dan rakyat Johor
Warna Biru melambangkan warna Diraja dan kerajaan Johor.
 
Menyelami setiap perlambangan panji Kota Tinggi sewajarnya kita berbangga  menjadi warga Kota Tinggi kerana disinilah bermulanya sejarah Kesultanan Johor dan disinilah tersimpan pelbagai sejarah Kesultanan Johor sama ada yang telah berjaya diselongkar atau masih kemas tersimpan dibumi bertuah Kota Tinggi.

Nota Kaki : Sesiapa yang ada maklumat pencipta bendera Kota Tinggi sila email mesrakotatinggi@gmail.com
 

No comments:

Post a Comment

Mesra Kota Tinggi © 2014