Saturday 31 January 2015

Fynn Jamal artis popular orang Kota Tinggi #mesrakotatinggi

Saturday 31 January 2015|16:16


Kota Tinggi selain popular dengan cerita sejarahnya yang pelbagai, daerah ini juga telah melahirkan ramai artis popular, antaranya penyanyi keroncong Allahyarhamah Rosiah Chik, penyanyi dangdut Mas Idayu, kumplan rock Ekamatra dan yang sedang hangat dipasaran ialah Fynn Jamal.

Fynn Jamal atau nama sebenar Nur Affina Yanti Binti Jamalludin , selebriti yang sedang popular dengan lagu “Arjuna Beta” dilahirkan pada 27 Ogos 1982. “Arjuna Beta” Liriknya memang puitis. Kasih sayang dan nasihat seorang ibu kepada anaknya diceritakan dalam bait-bait lirik yang penuh emosi di dalam lagu ini. Melodinya pun boleh tahan jugak.

Pernah menyertai program realiti tv keynote - untuk komposer di Astro. Telah berkahwin dengan seorang pemuzik Tri Hadzir. Mempunyai seorang anak bernama Bakti Arjuna Fitri. Mula menjadi sebutan apabila lagu “150 juta kali” menjadi kesukaan anak remaja. Beliau aktif dalam scene indie sebagai penyanyi dan pemuisi sejak 2006 / 2007 . Sebelum dikenali , beliau ialah seorang guru / pensyarah Bahasa Inggeris yang pernah mengajar di Universiti Lim Kok Wing dan Segi College. Beliau juga satu satunya orang Asia yang mengajar Bahasa Inggeris di “President School” di Kazakhstan .

Menurut Fynn Jamal, menulis adalah cara beliau meluahkan isi hatinya . Beliau lebih mahu dikenali sebagai penulis berbanding penyanyi. Antara buku yang pernah diterbitkan ialah “Puisi Tepi Jalan “ , “Ranap” dan “Buku Merah”. Kini Fynn Jamal juga terlibat secara langsung dengan NGO “Adopting Parents United, Ngo yang membantu anak-anak tidak sah taraf mendapatkan keluarga angkat.

Semoga Fynn Jamal terus berjaya dan mengharumkan nama Kota Tinggi.


No comments:

Post a Comment

Mesra Kota Tinggi © 2014