Kota Tinggi - Seramai 25 orang belia dari sekitar daerah Kota Tinggi telah diberi peluang mengikuti Program Pemasangan dan Servis Penghawa Dingin Domestik oleh RTC Johor dan MIC Kota Tinggi.
Kursus yang dibuat di Pusat Latihan Putra Kota Tinggi selama tujuh hari bertujuan untuk membantu para peserta menjana pendapatan tambahan.
"Program ini sangat baik. Saya berharap para peserta jangan menoleh kebelakangan dan terus bergerak kehadapan untuk sama - sama bersaing dalam dunia yang serba pantas. Untuk maju dan berjaya ianya datang dari kemahuan sendiri. Dengan kemahiran yang anda perolehi ini saya berharap para peserta hendaklah bersungguh sungguh memperbaiki diri menambah ilmu dalam masa yang sama menjana pendapatan. Tahniah pada pihak penganjur dan syabas para peserta." Haji Mesran Bin Tugiman wakil rasmi Ahli Parlimen Kota Tinggi.
"Program RTC ini, kursus yang berasaskan industri yang julung-julung kalinya diadakan di Johor dan juga Malaysia. Tahniah atas inisiatif ini dan saya yakin ianya mampu membantu para peserta menjana ekonomi dan berdaya saing juga merebut peluang yang sedia ada contohnya Rapid Pengerang. RTC juga akan cuba membantu para peserta untuk dapatkan peluang pekerjaan atau perniagaan yang berkaitan." - Dr Azlan Hj Abd Jalil, Pengurus RTC Johor
Saya berharap dengan adanya kursus sebegini dapat membantu belia belia kita menjana ekonomi dan dapat mengurangkan gejala sosial. Program sebegini juga dapat membantu belia-belia yang kurang cemerlang dalam bidang akademik berdaya saing dalam dunia yang serba maju ini." Encik Subramaniam ; Ketua Pemuda MIC.
Menurut Huzaifah Bin Hj Miskan dari Felda Lok Heng salah seorang peserta , "Saya mengucapkan ribuan terimakasih pada pihak penganjur kerana memberi peluang pada kami menimba ilmu dan sekaligus menjana pendapatan kami. Saya bercadang untuk membuka perniagaan sendiri dengan ilmu yang ada. Saya juga berharap diperbanyakkan kursus-kursus sebegini untuk membantu kami para belia."
No comments:
Post a Comment