Monday 19 January 2015

"Mesra Sihat Rakyat Sejahtera" @mesrakotatinggi #mesrakotatinggi

Monday 19 January 2015|10:28

“Kalau kita sihat maknanya kita kaya, Alhamdulillah apabila kita sihat pelbagi perkara boleh kita lakukan. Kesihatan adalah aspek paling penting yang perlu dijaga oleh semua orang.”



YB Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid
Ahli Parlimen Kota Tinggi


Antara warga desa yang sedang menunggu giliran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

17 Januari 2015, Kg Felda Pasak


Yayasan Mesra telah mengambil inisiatif mengadakan program “Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera” bagi memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan serta memberi peluang kepada masyarakat kampung membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Pemeriksaan merangkumi pemeriksaan tekanan darah, BMI , kaji selidik tahap kesihatan individu dan pemeriksaan gigi.


Program diadakan di Balai Raya Kg Felda Pasak bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Kehadiran para peneroka dan masyarakat sekeliling dianggarkan seramai 800 orang telah memeriahkan lagi aturcara. Program telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi ; YBDT Haji Noor Ehsanuddin Bin Bin Haji Mohd Harun Narrashid. Perlaksanaan telah mendapat kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi , JKKK Kampung Felda Pasak dan Pusat Khidmat Kota Tinggi mendapat sambutan dari warga desa. Selain pemeriksaan kesihatan beberapa agensi seperti AADK , JKM dan LPPKN juga turut serta menyediakan “kaunter khidmat masyarakat” sepanjang program tersebut.

Seramai 200 orang telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan , pemeriksaan gigi seramai 100 orang dan 25 orang telah menderma darah. Selain itu Pertandingan Mewarna Kanak kanak Tabika KEMAS, Pertandingan Masakan Sihat , Taklimat Kesihatan dan Keselamatan turut diadakan bagi memberi peluang pelbagai pihak dan individu turut serta dalam menjayakan dan memeriahkan program.

Warga Emas Kg Baru Felda Pasak.

Semoga program “outreach” sebegini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga kesihatan dan mendekatkan agensi kerajaan kepada masyarakat khususnya.

Tahniah kepada Yayasan Mesra yang sentiasa “Mesra Berkhidmat” untuk rakyat.

YBDT Haji Ehsanuddin ; Ahli Parlimen Kota Tinggi menyampaikan kerusi roda kepada salah seorang warga desa Kg Felda Pasak.

Yayasan Mesra memberi sumbangan kerusi roda sebanyak
10 unit kepada warga desa Kg Felda Pasak yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Mesra Kota Tinggi © 2014