Friday, 22 January 2016

Jom Mancing @ Rakit Azarza

Friday, 22 January 2016|17:15
Rakit Azarza yang terletak di Teluk Sengat , Kota Tinggi adalah sebuah lagi lokasi memancing yang menraik. Istimewanya tempat ini , mereka menyediakan penginapan berserta makan dan minum bagi kaki - kaki pancing yang sentiasa tercari-cari lokasi menarik untuk melabuhkan joran mereka.


Rakit yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu masa dan selesa untuk lebih 50 pemancing. Pelbagai pakej disediakan dari serendah RM25.00 termasuk makan dan minum. Rakit juga boleh ditenpah untuk aktivti berkumpulan dengan harga RM800.00. Pakej ni termasuk makan minum tau ... Maknanya rakit tu group korang jek la yang guna. Menu makanan mereka berasaskan makanan laut yang disediakan oleh chef yang juga pemilik Rakit Azarza. Dijamin sedap sehingga menjilat jari.

Lokasinya dekat sangat dengan jeti Teluk Sengat, kurang lebih 5 minit dengan menaiki bot. Semua pakej yang disediakan termasuk dengan bot sekali. Sesiapa yang teringin nak rasa "kampung lifestyle" , Raki Azarza juga ada sediakan trip masuk kampung dengan beberapa aktivit. Memang terbaik.

Jomlah admin belanja beberapa gambar pemandangan dari atas rakit.







Untuk tempahan bolehlah ke page FB mereka Rakit Azarza atau hubungi terus Khairul Adnan 010 222 7046


No comments:

Post a Comment

Mesra Kota Tinggi © 2014