Thursday, 3 March 2016

Muafakat - rahsia majlis Keberangkatan DYMM Permaisuri Johor ke Teluk Sengat dan Johor Lama berjalan lancar.

Thursday, 3 March 2016|15:32
Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris , Permaisuri Johor ke Teluk Sengat dan Johor Lama amat dinantikan oleh rakyat jelata Kota Tinggi.

Tuanku Permaisuri juga berkesempatan melawat Muzium Kota Johor Lama, yang dibina di atas tapak Kota Johor Lama. Kota Johor Lama ialah salah satu dari 8 kota pertahanan Kesultanan Johor.

Tuanku Permaisuri juga meluangkan masa singgah menikmati santapan pagi dijeti Kg Johor Lama sebelum meneruskan lawatan sehari itu ke Dataran Teluk Sengat bagi acara pemberian sumbangan peribadi dan MAIJ  kepada 59 orang yang terdiri daripada golongan asnaf dan OKU. Juga santapan tengahari bersama rakyat jelata.



Dalam lawatan sehari itu juga Tuanku Permaisuri berkenan mencemar duli memberi hadiah penghargaan kepada 9 orang warga emas yang berjasa kepada Kampung Teluk Sengat dan Johor Lama juga kepada beberapa orang pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan seroang pelajar cemerlang dari Kampung Teluk Sengat.

Disebalik keberangkatan tiba Permaisuri Johor ke kedua-dua kampung ini adalah kerjasama erat antara penduduk kampung dari pelbagai bangsa dan pemimpin setempat dalam menyediakan pelbagai persiapan dan penyediaan bagi memastikan majlis berlanjar lancar.

Permuafakatan jelas kelihatan diantara mereka. Ianya terpamer disetiap garis senyum yang berbalas, atur langkah yang seiring , bicara mesra antara mereka tanpa mengira kaum. 

Ianya lebih jelas kelihatan di beberapa keping gambar yang sempat admin rakamkan pada hari tersebut.








No comments:

Post a Comment

Mesra Kota Tinggi © 2014