Saturday 16 January 2016

Ahli Parlimen Kota Tinggi sambut baik usaha MITI anjur bengkel penerangan TPPA

Saturday 16 January 2016|10:23

Ahli Parlimen Kota Tinggi ; Datuk Haji Noor Ehsanuddin Hj Mohd Harun Narrashid berpendapat usaha MITI menganjurkan bengkel penerangan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan inisiatif kerajaan bagi mmberi persiapan kepada wakil rakyat menjawab hujah yang menimbulkan kerisauan sesetengah pihak.

"Bengkel seperti ini harus diteruskan memandangkan ianya amat penting bagi memberi penerangan dalam konteks mudah faham mengenai perjanjian ini. " ujar beliau.

TPPA setakat ini dikelirukan oleh pihak pembangkang dengan mengatakan ia akan membuatkan negara kita tergadai kepada desakan ekonomi Amerika Syarikat. Selain Malaysia , setakat ini negara jiran Thailand dan Filiphina antara yang berminat untuk menyertai perjanjian ini.

Beliau berkata lagi , "bengkel ini membolehkan isu-isu dirungkai dengan lebih jelas dan terperinci malah kefahaman yang lebih baik boleh menolak persepsi negatif dan membolehkan pertimbangan dibuat dengan lebih baik demi kepentingan rakyat dan negara"

TPP bakal melonjakkan input modal dan teknologi negara serta menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) negara kita. Namun apa sahaja usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan pasti mendapat tentangan hebat daripada pakatan pembangkang.


No comments:

Post a Comment

Mesra Kota Tinggi © 2014