Saturday 26 March 2016

20,000 pelatih menyertai PLKN 2.0

Saturday 26 March 2016|16:24
Perlaksanaan transformasi PLKN 2.0 yang bermula tahun ini telah dimulakan dengan kemasukan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2.0) Siri 13 Tahun 2016 bermula pada 26, 27 dan 28 Mac 2016. Sesi latihan PLKN 2.0 pada tahun ini akan melibatkan anggaran seramai 20,000 pelatih dan akan berakhir pada 24 Mei 2016.

Pergerakan ini diadakan serentak diseluruh negara selama 3 hari dan Majlis Perasmian Pelancaran diadakan di Malacca International Trade Centre (MITC), Melaka pada 26 Mac 2016 (Sabtu). Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) merangkap Ahli parlimen Kota Tinggi. 


Pergerakan pada tahun ini akan melibatkan 95 tempat berkumpul dan melibatkan penggunaan 728 buah bas dari 81 kem PLKN seluruh negara.

Selepas 10 tahun perlaksanaannya PLKN telah melalui perubahan besar bersesuaian dengan keperluan Negara dan climate ekonomi global. Transformasi PLKN 2.0 melihat perubahan dinamik di dalam pelaksanaan modul dan hala tuju pelatih selepas tamat program PLKN di kem.

Pelatih yang terpilih menyertai PLKN 2.0 ini akan melalui pengalaman baru dalam Program Pembelajaran Bersepadu selama 8 minggu di kem PLKN. Penerapan nilai-nilai unggul seperti

  • Cinta Negara, 
  • Perpaduan
  • Kesukarelaan 
di bentuk melalui aktiviti-aktiviti 
  • Kerohanian, 
  • Service Learning, 
  • i-Upgrade, 
  • Tech+Talk, 
  • Malaysiaku, 
  • Fit4Life dan 
  • Be Safe, Be Alert. 
Program myFuture yang diperkenalkan ialah program berbentuk kemahiran dengan menawarkan pendedahan melalui program-program kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di 400 pusat terpilih. Pelatih boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran di dalam pelbagai jurusan dari peringkat Sijil sehingga diploma selepas tamat PLKN Fasa 1 pada 24 Mei 2016 nanti.

Bagi memastikan pelaksanaan PLKN 2.0 berjalan lancar dan teratur, pihak jabatan akan memastikan:
  • Aspek keselamatan pelatih dipertingkatkan serta kesihatan dan keselesaaan pelatih dalam kem akan diutamakan. 
  • Jadual latihan Fasa 1 PLKN 2.0 sentiasa dikawal selia. 
  • Memberi makluman kepada ibu-bapa dan pelatih mengenai peralihan ke Fasa 2. 
  • Memperkasakan alumni PLKN melalui pelaksanaan Program berimpak tinggi serta mewujudkan Pengurusan yang lebih mantap diperingkat induk, negeri dan daerah. 
Selain itu beberapa program telah dirangka oleh Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) bagi memantapkan pelaksanaan PLKN 2.0, antaranya ialah :

  • Parents Indulgence Programme di 95 Pick Up Points – Penerangan kepada Ibu bapa dan ahli-ahli keluarga di pusat pergerakan pelatih untuk memaklumkan perjalanan teras program PLKN 2.0 
  • NS 2.0 Cruise – penerangan mengenai perjalanan program teras serta apa yang pelatih boleh harapkan dari penyertaan PLKN 2.0 
  • Coach2coach – program bimbingan pelatih PLKN 2.0 bagi peralihan ke Fasa 2 (Sijil Kemahiran Teknikal) 
  • Hari Kerjaya – Dilaksanakan secara rentak di semua negeri semasa pelaksanaan Fasa 1, PLKN 2.0. Hari Kerjaya bakal dilaksanakan dengan bantuan serta kerjasama pihak pemegang taruh (stakeholders), rakan strategik yang terlibat dalam Program Sijil Kemahiran Teknikal. Merupakan sesi penerangan mengenai pensijilan teknikal serta peluang kerjaya dalam industri berkaitan. 

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi ruang kepada ibu-bapa dan ahli masyarakat untuk bersama-sama menyokong pelatih membuat keputusan yang betul untuk masa hadapan.


Nota kaki : sumber Kenyataan Media, Bahagian Komunikasi Korporat , Jabatan Latihan Khidmat Negara , Kementerian Pertahanan Malaysia




No comments:

Post a Comment

Mesra Kota Tinggi © 2014