Thursday 8 September 2016

Lasak@Pasak International Mountain Bike (MTB) Jamboree 17 Sept 2016 @ Felda Pasak

Thursday 8 September 2016|11:37

Lasak@Pasak Internationa MTB Jamboree kali kedua akan diadakan pada 17hb September 2016 hari Sabtu bermula jam 7.30 pagi di Padang Awam Felda Pasak Kota Tinggi. Sehingga hari ini seramai 1590 orang telah pun mendaftar. Pada tahun ini pertandingan ini diadakan serentak dengan Sambutan Jubli Emas Felda Pasak.

Lasak@Pasak International MountainBike Jamboree (Lasak@PIMJ) merupakan acara berbasikal yang akan diadakan saban tahun di Kg. Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor. Lasak@Pasak ini pertama kali diperkenalkan dan dianjurkan adalah pada tahun 2015 yang telah mendapat sambutan diluar jangkaan kerana berjaya mendapatkan penyertaan seramai 1300 orang. Program ini juga merupakan pertama kalinya dianjurkan sendiri oleh Pasak Cycling Club (PCC) iaitu sebuah persatuan basikal yang bertapak di Kota Tinggi.


Pasak@Lasak 2016 mempertandingkan 7 kategori iaitu :-
  • Kategori 1 – MASTER (35 - 44 Tahun)
  • Kategori 2 – OPEN (22 - 35 Tahun)
  • Kategori 3 – WOMEN (35 Tahun Kebawah)
  • Kategori 4 – SUPERMAMA (35 Tahun Keatas)
  • Kategori 5 – VETERAN (45 Tahun Keatas)
  • Kategori 6 – JUNIOR (21 Tahun Kebawah)
  • Kategori 7 – FAT BIKE
  • KING OF MOUNTAIN (Semua Kategori)



Untuk info lanjut mengenai Pasak@Lasak, sila ke Pasak Cycling Club @ PCC

No comments:

Post a Comment

Mesra Kota Tinggi © 2014