- Kategori 1 – MASTER (35 - 44 Tahun)
- Kategori 2 – OPEN (22 - 35 Tahun)
- Kategori 3 – WOMEN (35 Tahun Kebawah)
- Kategori 4 – SUPERMAMA (35 Tahun Keatas)
- Kategori 5 – VETERAN (45 Tahun Keatas)
- Kategori 6 – JUNIOR (21 Tahun Kebawah)
- Kategori 7 – FAT BIKE
- KING OF MOUNTAIN (Semua Kategori)
Thursday, 8 September 2016
Lasak@Pasak International Mountain Bike (MTB) Jamboree 17 Sept 2016 @ Felda Pasak
Lasak@Pasak International Mountain Bike (MTB) Jamboree 17 Sept 2016 @ Felda Pasak
- Kategori 1 – MASTER (35 - 44 Tahun)
- Kategori 2 – OPEN (22 - 35 Tahun)
- Kategori 3 – WOMEN (35 Tahun Kebawah)
- Kategori 4 – SUPERMAMA (35 Tahun Keatas)
- Kategori 5 – VETERAN (45 Tahun Keatas)
- Kategori 6 – JUNIOR (21 Tahun Kebawah)
- Kategori 7 – FAT BIKE
- KING OF MOUNTAIN (Semua Kategori)
Saturday, 26 March 2016
20,000 pelatih menyertai PLKN 2.0
Pergerakan ini diadakan serentak diseluruh negara selama 3 hari dan Majlis Perasmian Pelancaran diadakan di Malacca International Trade Centre (MITC), Melaka pada 26 Mac 2016 (Sabtu). Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) merangkap Ahli parlimen Kota Tinggi.
Selepas 10 tahun perlaksanaannya PLKN telah melalui perubahan besar bersesuaian dengan keperluan Negara dan climate ekonomi global. Transformasi PLKN 2.0 melihat perubahan dinamik di dalam pelaksanaan modul dan hala tuju pelatih selepas tamat program PLKN di kem.
Pelatih yang terpilih menyertai PLKN 2.0 ini akan melalui pengalaman baru dalam Program Pembelajaran Bersepadu selama 8 minggu di kem PLKN. Penerapan nilai-nilai unggul seperti
- Cinta Negara,
- Perpaduan
- Kesukarelaan
- Kerohanian,
- Service Learning,
- i-Upgrade,
- Tech+Talk,
- Malaysiaku,
- Fit4Life dan
- Be Safe, Be Alert.
- Aspek keselamatan pelatih dipertingkatkan serta kesihatan dan keselesaaan pelatih dalam kem akan diutamakan.
- Jadual latihan Fasa 1 PLKN 2.0 sentiasa dikawal selia.
- Memberi makluman kepada ibu-bapa dan pelatih mengenai peralihan ke Fasa 2.
- Memperkasakan alumni PLKN melalui pelaksanaan Program berimpak tinggi serta mewujudkan Pengurusan yang lebih mantap diperingkat induk, negeri dan daerah.
- Parents Indulgence Programme di 95 Pick Up Points – Penerangan kepada Ibu bapa dan ahli-ahli keluarga di pusat pergerakan pelatih untuk memaklumkan perjalanan teras program PLKN 2.0
- NS 2.0 Cruise – penerangan mengenai perjalanan program teras serta apa yang pelatih boleh harapkan dari penyertaan PLKN 2.0
- Coach2coach – program bimbingan pelatih PLKN 2.0 bagi peralihan ke Fasa 2 (Sijil Kemahiran Teknikal)
- Hari Kerjaya – Dilaksanakan secara rentak di semua negeri semasa pelaksanaan Fasa 1, PLKN 2.0. Hari Kerjaya bakal dilaksanakan dengan bantuan serta kerjasama pihak pemegang taruh (stakeholders), rakan strategik yang terlibat dalam Program Sijil Kemahiran Teknikal. Merupakan sesi penerangan mengenai pensijilan teknikal serta peluang kerjaya dalam industri berkaitan.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi ruang kepada ibu-bapa dan ahli masyarakat untuk bersama-sama menyokong pelatih membuat keputusan yang betul untuk masa hadapan.
Saturday, 19 March 2016
Puisi gambar anak kecil yang viral dan mendpat perhatian netizen
Tersentuh melihat gambar anak kecil yang mendapat perhatian netizen. Ahli Parlimen Kota Tinggi telah menghasilkan sebuah puisi. Semoga lahirlah keinsafan kita untuk mengekalkan keamanan tanahair tercinta kita "Malaysia"
Anak kecil
Tak main api
Rumahnya dibakar
Ibunya dah mati
Dia bersendiri
Tiada famili
Yg tinggal hanya memori
Ibu yg di Kasihi
Apa dosa anak ini
Dizalimi begini
Dimanakah simpati
Tanduskah peri
Membisu insani
Buta hakiki
Pekak tuli
Fitrah dan naluri
terpatri mati
-Nukilan Ahli Parlimen Kota Tinggi-
~Datuk Noor Ehsanuddin Hj Mohd Harun Narrashid~
A photograph that moved the world!
In Iraq, a little girl drew a picture of her mother on the floor of her orphanage. She carefully took off the shoes, lied down on mother's chest and fell asleep... I really don't know how to use human language to interpret such a picture. We still have qualifications and enough reasons to complain about happiness? Cherish what we now have. In fact, happiness can be simple! Quietly looking at the picture, will move you to tears...👇🏼👇🏼👇🏼
Friday, 11 March 2016
Tindakan Rafizi kelirukan Dewan Rakyat dan orang ramai harus disekat - Ahli Parlimen Kota Tinggi
10 MAC : Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli sengaja cuba mengelirukan ahli Dewan Rakyat dan orang ramai apabila memberikan fakta kewangan yang tidak sesuai untuk menggambarkan kelemahan pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) .
Sedangkan hakikatnya agensi itu kata ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, saban tahun memberikan pulangan dividen yang positif kepada setiap pelaburnya.
“Dalam perniagaan memang ada untung, memang ada rugi, mana ada sentiasa untung sahaja, tapi yang pastinya tiap petanda aras tiap-tiap tahun kita bagi dividen yang baik, bermakna tiap-tiap tahun Tabung Haji ada keberhasilannya yang baik, kita mampu bagi.
“Tapi apa yang Pandan cuba lakukan adalah contohnya dalam 50 portfolio, ada 10 yang rugi tapi 40 yang untung dia tak cakap, sebab itu saya kata dia cuba kelirukan dewan,” katanya kepada BNBBC.my.
Terdahulu, Rafizi sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di Pertuan Agung di Dewan Rakyat berkata, dividen Tabung Haji kepada pendeposit meningkat kerana berlaku penambahan bilangan pendeposit setiap tahun dan bukan kerana keuntungan pelaburan TH sendiri.
Perkara itu bagaimanapun diselar Ahli Parlimen Kota Tinggi , Datuk Ehsan kerana Laporan Kewangan TH setiap tahun jelas menunjukkan butiran fakta yang cuba dikelirukan Rafizi iaitu berlaku pertambahan bilangan pendeposit dan begitu juga keuntungan pelaburan TH.
Ini kerana TH dalam pengumumannya sebelum ini melaporkan sebanyak RM3.23 bilion dividen dan bonus telah diagihkan kepada pendeposit dan daripada jumlah tersebut, kadar dividen kepada pendeposit tahun 2015 adalah sebanyak 5 peratus, sementara tambahan bonus haji sebanyak 3 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.
Cubaan Datuk Ehsan untuk memperincikan butiran hujah beliau bagaimanapun diganggu Ahli Parlimen PKR Kapar, Manivanan Gowind yang sengaja membuat kecoh bagi mengalih tumpuan dan perhatian daripada penjelasan yang cuba dibuat.
Apa yang menarik bagaimanapun ialah hakikat bahawa Rafizi mengakui memiliki sejumlah wang simpanan dalam TH dan sehingga kini tidak bertindak untuk mengeluarkannya, sekaligus tindakan beliau jelas mengiktiraf keupayaan pengurusan kewangan TH, berbanding cubaan nakal beliau untuk mengelirukan rakyat.
“Rafizi betul-betul cuba kelirukan dewan, kalau lihat isu yang dulu, dia cakap cincin RM24 juta, lepas tu kata dia bergurau, tapi 3 tahun orang memfitnah, jadi kita tak nak dia mengelirukan dewan ni, dia cuba kelirukan, kita tak mahu anak-anak kita terdedah kepada pemikiran yang buruk dan tak membantu dan rosakkan orang lain dimana pemimpin sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat tercapai.
“Lama-lama anak akan terkeliru dan buat pertimbangan yang tak baik di masa hadapan,” ujar Datuk Ehsan lagi sambil menambah bahawa perlakuan serta tindakan mengelirukan Rafizi di dalam dewan yang ditonton mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) perlu disekat bagi mengelak kekeliruan dan persepsi negatif terhadap kerajaan.
Thursday, 3 March 2016
Muafakat - rahsia majlis Keberangkatan DYMM Permaisuri Johor ke Teluk Sengat dan Johor Lama berjalan lancar.
Tuanku Permaisuri juga meluangkan masa singgah menikmati santapan pagi dijeti Kg Johor Lama sebelum meneruskan lawatan sehari itu ke Dataran Teluk Sengat bagi acara pemberian sumbangan peribadi dan MAIJ kepada 59 orang yang terdiri daripada golongan asnaf dan OKU. Juga santapan tengahari bersama rakyat jelata.
Friday, 22 January 2016
Jom Mancing @ Rakit Azarza
Rakit yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu masa dan selesa untuk lebih 50 pemancing. Pelbagai pakej disediakan dari serendah RM25.00 termasuk makan dan minum. Rakit juga boleh ditenpah untuk aktivti berkumpulan dengan harga RM800.00. Pakej ni termasuk makan minum tau ... Maknanya rakit tu group korang jek la yang guna. Menu makanan mereka berasaskan makanan laut yang disediakan oleh chef yang juga pemilik Rakit Azarza. Dijamin sedap sehingga menjilat jari.
Lokasinya dekat sangat dengan jeti Teluk Sengat, kurang lebih 5 minit dengan menaiki bot. Semua pakej yang disediakan termasuk dengan bot sekali. Sesiapa yang teringin nak rasa "kampung lifestyle" , Raki Azarza juga ada sediakan trip masuk kampung dengan beberapa aktivit. Memang terbaik.
Jomlah admin belanja beberapa gambar pemandangan dari atas rakit.
Untuk tempahan bolehlah ke page FB mereka Rakit Azarza atau hubungi terus Khairul Adnan 010 222 7046